Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut catatan buku susunan Datuk Abdul Samad Idris, 'Negeri Sembilan dan Sejarahnya' Labu telah dibuka ketika era pemerintahan Datuk Undang Sungai Ujong Kelapan, Y.A.M Dato' Klana Petra Sri Jaya, Dato' Kelana Leha (1780-1800 masehi). Dato' Kelana Leha telah memberi kebenaran kepada Dato' Mangkun untuk membuka Labu. Beliau telah diberi gelaran "Dato' Bergajah Tunggal".

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Labu menjadi salah satu tempat yang menjadi markas tentera Jepun. Ini memandangkan terdapatnya landasan keretapi yang menjadi penghubung antara utara dan selatan. Terdapat banyak kubu di sekitar kawasan stesyen Labu. Walaubagaimanapun, dengan pembinaan landasan keretapi berkembar pada tahun 1995, kesan - kesan ini telah terhapus.

Labu juga pernah menjadi tempat mendaratnya helikopter yang membawa presiden Amerika Syarikat Lyndon B. Johnson sempena lawatan beliau ke Felda LBJ yang dinamakan sempena nama beliau juga dikenali dengan Labu Jaya.

Di sini juga terdapat peninggalan kampung baru Cina, peninggalan bekas darurat.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


KUIZ MAULIDUR RASUL

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2017

Kuiz ini diadakan bertujuan menguji daya ingatan remaja tentang Maulidur Rasul dan memupuk semangat cintakan rasul...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 14 - 15 November 2017

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada guru-guru dan pelajar tentang kepentingan menggunakan internet secara positif dan membendung masalah penyalahgunaan internet....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DUN LABU DAN DUN MAMBAU

Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2017

Peserta mula berkumpul seawal jam 7.30 pg untuk sesi pendaftaran. Senamrobik dimulakan pada jam 8.00 pagi dan seterusnya pelepasan peserta berjalan 10,000 langkah. Setelah selesai aktiviti berjalan 10,000 langkah, dijalankan pula pertandingan sukaneka kanak-kanak, pertandingan sepak raga bulatan, Pemeriksaan kesihatan oleh Kospen dan pertandingan tarik tali. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Hasim bin Rusdi, ADUN Kawasan Labu dan diikuti majlis penyampaian hadiah pertandingan dan cabutan nombor bertuah....baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

'Qualifying Round - Digi-Petrosains Robotic Programme 2017 : Young PI1M Inventors Challenge'

Aktiviti Terkini | 14 September 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer....baca selanjutnya

EDUCATION GAME ONLINE (SUGAR-SUGAR 3) COOLMATH

Aktiviti Terkini | 10 September 2017

Pertandingan ini dapat menguji kreativiti pelajar dalam menyelesaikan masalah dan meningkatkan kecerdasan pelajar dalam berfikir ketika menyelesaikan masalah...baca selanjutnya

KUIZ KEMERDEKAAN & GOTONG-ROYONG

Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2017

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menceriakan dan membersihkan kawasan di dalam dan luar pi1m, memupuk semangat mencintai malaysia dan mengasah daya ingatan kanak-kanak dan remaja tentang malaysia dan merdeka....baca selanjutnya

'Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 25 - 27 Julai 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M KG KERING

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2017

Hari Terbuka PI1M ini bertujuan merapatkan hubungan pihak pembekal perkhidmatan dengan masyarakat tempatan dan merapatkan hubungan antara staff dengan penduduk tempatan...baca selanjutnya

GOTONG RORONG MENGACAU BUBUR LAMBUK & MENGAGIHKAN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2017

Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara petugas PI1M dan penduduk kampung....baca selanjutnya

GOTONG RORONG MEMBERSIHKAN KAWASAN PI1M BERSAMA AHLI

Aktiviti Terkini | 06 Mei 2017

Aktiviti ini dapat merapatkan jurang interaksi (ramah-mesra) di antara pihak pengurusan dan ahli PI1M dan membersihkan kawasan dalam dan luar Pi1M agar lebih bersih dan selesa....baca selanjutnya

KLIP MOBIL (KLINIK PAKAR MATA BERGERAK)

Aktiviti Terkini | 16 Mac 2017

Penduduk kampung yang datang akan menjalani pemeriksaan kesihatan peringkat saringan dahulu. Penduduk kampung boleh mendapatkan sebarang maklumat berkaitan kesihatan di kaunter-kaunter yang disediakan. Jika mengalami masalah mata mereka akan dirujuk ke hospital yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan susulan....baca selanjutnya

PROGRAM KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2017

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan ibu bapa tentang penjagaan kesihatan anak-anak dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibubapa, guru Tabika Kemas dan pihak pengurusan PI1M...baca selanjutnya

PROGRAM SEMARAK KASIH

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2017

Program ini merupakan kerjasama dengan kemas dalam melaksanakan program yang besar dan dapat mempromosi PI1M kepada orang ramai selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli PI1M dan pihak pengurusan PI1M...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti