Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Menurut catatan buku susunan Datuk Abdul Samad Idris, 'Negeri Sembilan dan Sejarahnya' Labu telah dibuka ketika era pemerintahan Datuk Undang Sungai Ujong Kelapan, Y.A.M Dato' Klana Petra Sri Jaya, Dato' Kelana Leha (1780-1800 masehi). Dato' Kelana Leha telah memberi kebenaran kepada Dato' Mangkun untuk membuka Labu. Beliau telah diberi gelaran "Dato' Bergajah Tunggal".

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Labu menjadi salah satu tempat yang menjadi markas tentera Jepun. Ini memandangkan terdapatnya landasan keretapi yang menjadi penghubung antara utara dan selatan. Terdapat banyak kubu di sekitar kawasan stesyen Labu. Walaubagaimanapun, dengan pembinaan landasan keretapi berkembar pada tahun 1995, kesan - kesan ini telah terhapus.

Labu juga pernah menjadi tempat mendaratnya helikopter yang membawa presiden Amerika Syarikat Lyndon B. Johnson sempena lawatan beliau ke Felda LBJ yang dinamakan sempena nama beliau juga dikenali dengan Labu Jaya.

Di sini juga terdapat peninggalan kampung baru Cina, peninggalan bekas darurat.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


Program Wanita Era Digital

19 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Program ini dianjurkan oleh pihak digi dengan kerjasama penduduk wanita Kampung Masjid Putih dan Kampung Jawa. baca selanjutnya

Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia Labu (5 Nov 2015)

05 November 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 05/11/2015 telah dirasmikan oleh Y.B. Dato Hj. Hasim Bin Rusdi , Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian & Industri Asas Tani(Exco & Dun Labu).baca selanjutnya

Pertandingan Memasak & Gubahan Tuala (5 Nov 2015)

05 November 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan ini disertai oleh penduduk mukim labu,setiap kampong menghantar wakil mereka. Pertangdingan ini terbahagi kepada dua kategori Gubahan tuala & masakan resepi tradisional.baca selanjutnya

Pertandingan Math Coloring Online (5 Nov 2015)

05 November 2015 | Aktiviti Terkini

Aktiviti math coloring merupakan satu aktiviti yang diminati dan digemari golongan kanak-kanak. Pertandingan ini merupakan sebagai satu langkah untuk mencungkil bakat kanak-kanak dalam bidang matametik dan kemahiran berfikir.baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Sempena Hari Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia (5 Nov 2015)

05 November 2015 | Aktiviti Terkini

Telah berlangsung pada 01/11/2015 .Beberapa buah kampung telah menghantar wakil mereka, antaranya ialah kg Pelegong,Kg Pasir Putih, Kg Jawa, Kg Tengah,dan Kampung Bt 9.baca selanjutnya

PERTANDINGAN LIGA FUTSAL PI1M MUKIM LABU (1 Nov 2015)

01 November 2015 | Aktiviti Terkini

Telah berlangsung pada 01/11/2015 .Beberapa buah kampung telah menghantar wakil mereka, antaranya ialah kg Pelegong,Kg Pasir Putih, Kg Jawa, Kg Tengah,dan Kampung Bt 9.baca selanjutnya

Pertandingan Math Coloring Online,Sudoku & Crossword

September 2015 | Aktiviti Terkini

Aktiviti math coloring, sudiku & crossword merupakan satu aktiviti yang diminati dan digemari golongan kanak-kanak.baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA BERSAMA JKK

Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Sambutan Hari Raya ini dapat merapatkan silaturahim diantara semua JKK dan penduduk Labu.baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan

Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Aktiviti mewarna merupakan satu aktiviti yang diminati dan digemari kanak-kanak. baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya